PRODUK KEDIAMAN RUMAH

1) PREMIUM BEAUTIFUL NATURAL WASH






Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.


Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?

Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.


Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?

Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.


Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash? 

Bau haruman bunga-bungaan.


Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?

  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
  3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
  4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.

KELEBIHAN


  • Pakaian lebih bersih, lembut dan memberi bau haruman yang menyegarkan.
  • Pakaian tidak mengecut, meregang mahupun luntur warna.
  • Lembut pada fabrik dan tidak meninggalkan kesan berminyak di permukaan pakaian.
  • Haruman bunga-bungaan akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

CARA PENGGUNAAN


Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Suhu air di antara 30°C - 40°C. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.

Bilas:
- Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.
- Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.
- Tidak boleh diperah dengan tangan.

Cuci:
- Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor.
- Kemudian bersihkan selama 15 minit.

Perahan:
- Jangan perah pakaian dalam anda sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut.
- Kemudian, kemaskan bentuk pakaian dalam tersebut kepada bentuk asal.
- Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkannya dari pancaran matahari.
- Pakaian dalam tidak boleh diseterika.
- Simpan dengan kemas apabila ia kering.




2)PENCUCI PAKAIAN



Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya. 


Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?

Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. 


Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?

Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.


Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?

Bau haruman bunga-bungaan.


Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?

Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.


RAMUAN UTAMA/ KELEBIHAN


  • Rumusan Dwienzim: Amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya.
  • Formula anti-bakteria: Mencegah bau busuk dan menyahkuman serta menjadikan kain dan pakaian berbau segar dan bersih.
  • Formula anti-karat: Melindungi mesin pembasuh dan pakaian.
  • Rumusan kurang buih: Memudahkan pembasuhan dan menjimatkan masa dan air.
  • Rumusan tanpa klorin: Sesuai untuk fabrik tiruan dan bahan celupan (tidak disyorkan untuk kain sutera).

CARA PENGGUNAAN


Mesin pencuci:
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).
Sekiranya kuantiti cucian banyak, keperluan serbuk pencuci adalah 1 1/2 sudu (30g).

Cucian tangan:
Sekiranya kuantiti cucian sedikit, keperluan serbuk pencuci adalah 2/3 sudu (15g).
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).




3)PENCUCI TANDAS DAN LANTAI EZICLEAN





Pencuci tandas dan lantai Eziclean adalah bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.


Apakah keistimewaan pencuci tandas dan lantai Eziclean berbanding dengan produk-produk di pasaran?

Ia adalah formula beralkali dari USA, di mana ia selamat untuk membasmi kuman dan bakteria yang berbahaya.


Adakah produk ini bebas daripada membilas?

Ya, produk ini bebas daripada membilas. Justeru itu, ia menjimatkan masa dan tenaga di samping berekonomi kerana ia sangat pekat.


Adakah bau pencuci tandas dan lantai Eziclean ini boleh diterima?

Ya, ia meninggalkan keharuman yang menyegarkan selepas menggunakannya.

KELEBIHAN


Bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.


CARA PENGGUNAAN


Cucian tandas:
Picitkan Pencuci Tandas & Lantai Eziclean ke sekeliling mangkuk tandas dan biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air. Picit ke sekeliling untuk tujuan bilik tandas keharuman.

Cucian lantai:

Campurkan 1 hingga 2 penutup Eziclean dengan 4 liter air untuk mengelap lantai. Tidak perlu dibilas dengan air.

Lain-lain:
Campurkan sukatan ke dalam air untuk mencuci perkakas-perkakas rumah dan pejabat.




4) PENCUCI PINGGAN




Pencuci pinggan pekat Eziclean mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain. Ia berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur. Produk ini sangat pekat dan penggunaannya berekonomi. Ia merupakan formulasi istimewa yang memudahkan pembilasan dan memelihara kelembutan tangan.


Apakah ciri-ciri utama bagi pencuci pinggan pekat Eziclean?

Ia mengandungi campuran bahan terbiodegradasi dan ramuan aktif yang lain di samping berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur.


Adakah ia berharga mahal?

Tidak, ia sangat berekonomi kerana ia pekat.


Adakah pencuci pinggan pekat Eziclean memelihara kelembutan tangan dan senang dibilas selepas menggunakannya?

Ya, ia memelihara kelembutan tangan dan diformulasikan khas untuk senang dibilas.


KELEBIHAN


  • Berkesan untuk mencuci pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
  • Menjadikan pinggan mangkuk bersih dan bersinar-sinar.
  • Keseimbangan pH yang memelihara kelembutan tangan.
  • Haruman ekstrak lemon yang menyegarkan.

CARA PENGAMBILAN


Gunakan botol pencuci pinggan pekat untuk melarutkan sebahagian pencuci pekat dengan 2 bahagian air untuk menghasilkan campuran yang menjimatkan. Namun, anda boleh melarutkan lagi mengikut pilihan anda. Cuci pinggan mangkuk anda dengan span pencuci dan bilas dengan air.




5)MULTI PURPOSE SPRAY




BioCleanz: Rangkaian Produk Penjagaan Rumah Berasaskan Ekstrak Sea IonApakah itu Ekstrak Sea Ion?

Sea Ion adalah garam laut likat yang diperoleh melalui proses pengekstrakan khas yang menghasilkan garam bermineral tinggi. Ia bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, bahan pengawet, agen pembuih, pewangi dan pigmen. Siri produk penjagaan rumah BioCleanz adalah komited dalam  menjaga kesihatan sejagat dengan menawarkan produk pembersih yang bebas daripada bahan beracun, bersifat anti-bakteria serta memelihara alam sekitar.

Penemuan Sea Ion mendapat anugerah Pensijilan Eco daripada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Perikatan WFPHA 2000 yang dianggotai oleh Taiwan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun yang dibentuk semenjak tahun 1995. Sea Ion juga lulus dalam pemeriksaan piawaian EU (kategori gred makanan) serta disahkan sebagai pencuci mesra alam. Penghasilan Sea Ion telah digabungkan dengan teknologi pengekstrakan mentah oleh Pejabat Penyelidikan Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1991.


Bagaimana BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion dapat memelihara serta memulihara alam sekitar?

Pembersih berasaskan bahan petrokimia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tambahan pula, ia adalah barangan keperluan yang biasa digunakan di dalam rumah. Kajian kesan jangka panjang yang dijalankan oleh Pertubuhan-pertubuhan Kesihatan Sedunia dan negara-negara maju (terutamanya Jepun) mengesahkan bahawa penggunaan bahan petrokimia dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan alam sekitar dan juga kesihatan manusia. Dua kemudaratan utama yang dikenalpasti adalah:

1. Pencemaran alam sekitar: Disahkan bahawa lebih daripada 70% pencemaran tanah, sungai dan kemerosotan kualiti air disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan sisa-sisa pembersih petrokimia ke dalam air. Pembuangan dan penimbunan sisa-sisa beracun dalam jangka masa panjang memburukkan lagi pencemaran alam sekitar, menjadikan persekitaran berasid dan berbau busuk serta menjadi sarang pembiakan virus dan bakteria berbahaya.

2. Mutasi gen dan DNA manusia: Bahan berasaskan petrokimia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kulit serta melemahkan sistem ketahanan badan.

Pembersih tiruan/sintetik yang diserap melalui kulit boleh membawa kesan yang serius seperti di bawah:

Marilah kita bertindak dengan menghentikan pencemaran yang berpunca daripada penggunaan pembersih berasaskan petrokimia. Sehubungan itu,  BioCleanz berusaha untuk menyelesaikan masalah pencemaran dan kesihatan yang berpunca daripada penggunaan pembersih berasaskan petrokimia dan juga  racun serangga.

BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion adalah pembersih yang mesra alam, selamat dan cekap! 

Tidak kira dapur, bilik mandi, lantai, peralatan rumah serta barangan perhiasan diri, siri produk penjagaan rumah BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion adalah pembersih mutlak dengan formula semulajadi yang dapat memberikan kesan yang bersih, selamat dan selesa. Pilihan tepat dalam memberikan yang terbaik untuk kesihatan kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan!

Siri produk penjagaan rumah BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion:

  • Tidak mengandungi bahan-bahan toksik
  • Tidak mengandungi ejen pengawet
  • Tidak mengandungi ejen pembuih yang berbahaya
  • Tiada bahan petrokimia yang memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar
  • Diperbuat daripada wangian semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan mesra alam
  • Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, pembasmian kuman dan pensterilan yang hebat

Ujian mudah untuk memastikan sama ada bahan pencuci/pembersih tersebut diperbuat daripada bahan petrokimia ataupun bahan semulajadi

Anda boleh memastikannya dengan satu langkah mudah iaitu “Pembakaran”. Letakkan beberapa titis pembersih ke dalam sudu besi dan bakar sudu tersebut dengan menggunakan pemetik api. Sekiranya pencuci tersebut terbakar dan mengeluarkan bau busuk serta asap hitam ataupun terbakar secara serta-merta, maka pembersih tersebut adalah  pembersih berasaskan bahan petrokimia.

BioCleanz Multi Purpose Spray 500ml

Sangat sesuai digunakan untuk membersih serta mensterilkan bahagian-bahagian atau tempat-tempat yang sukar dibersihkan ataupun sensitif. Pelbagai kegunaan Multi Purpose Spray adalah seperti:
  • Membersih serta mengharumkan tingkap dan peralatan kayu seperti perabot
  • Membersih serta menyegarkan haiwan peliharaan
  • Membersih serta mengharumkan kawasan dalaman rumah, pejabat, bilik mandi dan ruangan lain dengan cara membasmi bau busuk
  • Menyegarkan baju, kain dan pakaian
  • Membersihkan peralatan rumah yang sukar dan sensitif seperti ketuhar dan ketuhar gelombang mikro
  • Menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan bau hapak
  • Membersihkan barangan perhiasan diri seperti barangan kemas, jam tangan dan sebagainya 
  • Menyegarkan serta mensterilkan kasut

CARA PENGGUNAAN


Untuk membasmi bau busuk / hapak: Sembur pada tempat / ruang yang berbau untuk menghindarkan bau busuk.

Untuk pembersihan umum: Sembur pada tempat / barang yang perlu disterilkan / dibersihkan, kemudian lap / bilas / basuh dengan air bersuhu biliK


TIDAK SESUAI UNTUK :


. Kereta yang dimana catnya sudah lusuh atau bahan besi yang berkarat
2. Barangan kemas palsu atau barangan perhiasan yang mudah rosak
3. Kain-kain atau baju dengan warna yang mudah dilunturkan
4. Barangan yang diperbuat dengan kulit tiruan (faux leather)




6) BIO EVOLVE



Bio EvolveTM Water Purification System menggabungkan penemuan terbaharu Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik. Ia memberikan prestasi penapisan air yang terbaik untuk seisi keluarga!
·      Penemuan Baharu Teknologi Nano Termaju
·      Blok Karbon Inovatif Ultra Padat
·      Penulenan air berprestasi hebat
·      Air yang lebih bersih dan tulen
·      Rasa air yang lebih sedap – terus dari paip!
·      Kualiti air yang dipertingkat
·      Pemasangan sendiri yang mudah
·      Jimat kos! Tidak menggunakan elektrik
·      Kos penyelenggaraan yang rendah
·      Tahan lama
·      Mudah digunakan


Sistem Penulenan Air Bio-Evolve direka secara teliti dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka khas untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia. Ringkasnya, ia adalah cara mudah untukmenikmati air berkualiti tinggi!

1.      Pra-Penapis A : Seramik
Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.

2.      Penapis B : Pengubah Bertenaga
·      Bebola Bio
·      Karbon Teraktif
·      KDF

Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.
Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.
Karbon Teraktif menyahkan klorin, pewarna dan bau yang kurang menyenangkan.
KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.

3.      Penapis C : Penapis Pengubah Berion
·      Bebola Ion
·      Bebola Nano
·      Bebola Bio

Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.

4.      Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat
Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan pewarna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.


Comments